Wednesday, June 10, 2009

Agama Jadi Loncatan

Salam,
Sekarang ni macam-macam cara orang gunakan untuk mendapat perhatian malah untuk memperluaskan pengaruh. Sudah tentunya setiap orang akan menjunjung agama terlebih dahulu kalau diberikan pilihan antara duniawi dan agama. Kalau tiang agama roboh maka akan rosaklah manusia. Sayangnya dalam dunia kita yang dipenuhi dengan pelbagai karenah ini, agama dijadikan senjata loncatan untuk mengukuhkan dan memperluaskan pengaruh. Apa hendak jadi dengan masyarakat kita sekarang...
Contohnya, PAS menjanjikan sesiapa yang bernaung di bawahnya maka mereka itu sudah dijamin akan masuk syurga. Kenapalah jadi begini...Mungkinkah mereka sudah tiada ikhtiar untuk memancing perhatian, sokongan dan pengaruh dari rakyat. Janganlah begitu. Setiap manusia ada kelemahan dan kita semua bukanlah dari kalangan insan yang kamil. Bukan bermakna, mereka dari kalangan yang sentiasa meletakkan serban di atas kepalanya tidak
pernah melakukan dosa. Apabila retak rumah (PAS), masing-masing berasa goyah dan mula mencari rentak baru untuk meraih sokongan. Ini amat jelas dalam pemilihan orang-orang besar PAS untuk menerajui parti ini baru-baru ini. Kita semua maklum, sememangnya sudah ada keretakan dalam PAS. Mungkin tidak sebulu lagi, kesefahaman antara "anak-anak" PAS juga sudah mulai pudar. Tidak hairanlah anak-anak PAS ini hilang arah tuju, berjuang dengan cara sendiri. Apa yang menyedihkan, berjuang dengan cara menghambur maki-hamun dan provokasi menjadi pilihan. Agama menjadi senjata kuasa.
Walau apa pun, anak-anak Barisan akan tetap berdiri teguh, dan akan bersama-sama menjaga kerukunan dan keharmonian negara tercinta.

3 comments:

  1. bagi PAS bukan batu loncatan lagi malah agama sudah menjadi bahan dagangan yang dijual demi kelangsungan politik sempit dengan harga yang amat murah...
    pandangan yang baik ...teruskan
    salam

    ReplyDelete
  2. Hanya permulaan. Masih sibuk dengan proposal. Terima kasih atas sokongan. Tapi yang menyedihkan saya apabila pemimpin PAS yang terdiri daripada golongan yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi boleh memburuk-burukkan saudara sebangsa dan seagama dengan begitu petah. Tidak rugi rasanya kalau kebolehan itu digunakan untuk membela saudara sendiri daripada selaran DAP.

    ReplyDelete
  3. semangat... takbir buka hanya laungan pas semata... kita UMNO jugak boleh bertakbir.. laungkan semangat kita semangat ISLAM .....

    ReplyDelete